• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Hari Guru 2018

    "Guru Pemacu Transformasi Pendidikan"

  • image

    Selamat Menyambut

    Ramadan Al-Mubarak

    2018M | 1439H

  • image

    Buletin Pemikir Negara Edisi ke 2

    Telah Terbit!

Menjelang PRN Sarawak: Transformasi Ke Arah Negeri Maju

Topik pilihan pada program Dialog Pemikir Negara pada kali ini berkisar kepada topik Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) Sarawak. Pemilihan ini sesuai dengan tarikh siarannya sehari sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak. Pandangan daripada ahli akademik diperlukan bagi topik ini bagi memastikan kupasan isu dijalankan secara neutral tanpa ada kehadiran ahli politik.

Isu kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara elemen yang disentuh dalam topik pada kali ini memandangkan ia menarik perhatikan bukan sahaja kepada generasi muda malah kepada segenap lapisan rakyat negeri Bumi Kenyalang itu. Faktor pengundian golongan muda antara perkara pokok yang diberi perhatian pada PRN 2016 ini kerana mereka mereka akan bertindak selaku penentu kemenangan kepada parti politik untuk memerintah negeri Sarawak.

Panel memberi ulasan, pemikiran dan cara pengundi muda melihat sesuatu isu adalah berbeza dengan golongan tua. Pendedahan kepada media sosial dan ilmu pengetahuan menjadikan mereka berbeza berbanding lapisan yang lebih berusia terutamanya di kawasan luar bandar. Golongan muda di negeri ini mahukan lebih banyak perubahan kepada bidang sosioekonomi dijalankan bagi memastikan kualiti kehidupan menjadi lebih baik dan sudah pasti aspek berkaitan diberi tumpuan apabila melihat kempen calon wakil kawasan.

Isu calon muka baru yang diberi peluang untuk bertanding turut disentuh dalam sesi dialog pada kali ini memandangkan ia akan memberi kesan kepada PRN-11. Penerimaan calon baru oleh golongan muda dan golongan tua bakal menjadi tumpuan dalam pilihan raya kerana perspektif pandangan kedua-dua pihak adalah berbeza.

Dalam pada itu, kedua-dua panel mahukan agar agenda pembangunan negeri perlu diberi keutamaan berbanding aspek pilihan raya itu sendiri kerana rakyat mahukan perubahan dijalankan oleh pihak akan memenangi PRN-11 nanti. Akses kepada bidang Pendidikan perlu dilihat oleh golongan politik tentang bagaimana pencapaian anak-anak di Sarawak dapat dipertingkatkan dan tidak kurang juga mengenai kualiti pembelajaran diberikan.

Posted in Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Mar 01, 2016




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara