Meraikan Perbezaan Pendapat

Perbezaan pendapat dan pandangan itu perkara biasa yang perlu diraikan. Namun, ada ketikanya perbalahan berlaku disebabkan cetusan pendapat yang berbeza.

Dunia masa kini menampakkan jurang ketara apabila munculnya perbalahan akibat daripada perbezaan pendapat dalam sesuatu isu. Lebih dahsyat apabila perbalahan itu dicetuskan oleh orang-orang yang berpengaruh menyebabkan masyarakat terkeliru dan terikut-ikut budaya melabel dengan cara tokoh pilihan mereka itu.

Sudah menjadi kebiasaan untuk kita mempunyai perbezaan pendapat dan pandangan mengenai sesuatu perkara sebagai manusia biasa. Perbezaan ini bukanlah tercipta untuk mencetuskan permusuhan dan sentimen pertelagahan. Sebaliknya, ia merupakan satu atau sebahagian dari wadah untuk menemui satu titik pertemuan agar persefahaman yang mantap dan toleransi yang jitu boleh tercapai.

Yang lebih utama adalah membela nasib golongan yang kurang berkemampuan dengan meningkatkan kembali ekonomi negara daripada menunding jari kepada pihak lain untuk melarikan kesalahan kepada pihak lain.


hiasan_01.jpg


02.jpg


04.jpg


06.jpg

Posted in Isu Semasa, Utama on Apr 25, 2019




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara