• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara

Mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara telah diadakan pada 6 Mac 2018 bertempat di Bangunan Utama Parlimen dan telah dipengerusikan oleh Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Berlandaskan peranan MPN sebagai Pemikir Negara, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan, dan Prof. Dr. Ghizan Saleh, Ketua Kluster Pertanian dan Makanan telah dilantik sebagai Ahli Majlis bagi menyumbang kepakaran ilmuwan masing-masing dalam menangani masalah kos sara hidup di Malaysia.

Turut serta dalam mesyuarat ini ialah Menteri dari pelbagai kementerian, wakil Bank Negara dan wakil pelbagai persatuan pengguna bagi membincangkan masalah kos sara hidup yang dihadapi oleh masyarakat di kawasan bandar dan di luar bandar. Berdasarkan itu, pelbagai idea dan cadangan telah dikemukakan dalam usaha pihak kerajaan untuk menambah baik mekanisme sedia ada dan membentuk mekanisme baharu bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat dalam fasa ketidaktentuan ekonomi masa kini.

01.jpg

03.jpg

Posted in Isu Semasa, Utama on Mar 06, 2018




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara