Mesyuarat Perancangan Kongres Ilmuwan Negara

Satu mesyuarat perancangan Kongres Ilmuwan Negara telah diadakan pada 5 Julai 2019 di Balai Ilmuwan , MPN. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose dengan ucapan alu-aluan kepada semua ahli mesyuarat yang hadir. Beliau juga berkongsi aspirasi Tan Sri Dr. Rais Yatim semasa pertemuan delegasi MPN bersama beliau. Beliau sangat menyokong penuh penganjuran kongres ilmuwan kali ini dan berhasrat untuk turut serta menjayakan kongres ilmuwan ini.

Beberapa perkara telah diputuskan dengan melantik Jawatankuasa pelaksana kongres bagi melancarkan urusan penyusunan strategi dan pengoperasian kongres. Tema dan tajuk juga telah dibentang untuk dijadikan tajuk-tajuk perbicangan semasa kongres untuk dikumpulkan menjadi satu resolusi kepada penggubal dasar kerajaan dan juga membawa kebaikan kepada rakyat malaysia.

Setiap tajuk akan dikumpulkan pakar dalam bidang masing-masing untuk berdiskusi isu, mencari jalan penyelesaian dan membuahkan hasil pandangan dalam menangani isu-isu berbangkit dalam setiap segmen berikut:

  1. Segmen Sosio Ekonomi & Governan

  2. Segmen Sosio Budaya

  3. Segmen Pendidikan & Sumber Manusia


03.jpg


02.jpg

01.jpg

Posted in Perbincangan Meja Bulat, Utama on Jul 08, 2019




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara