Mesyuarat Pra Kongres Profesor Ketiga

Mesyuarat Pra Kongres Profesor Ketiga yang diadakan pada 26 Ogos 2019 telah dihadiri oleh 80 profesor dan profesor madya bagi memperhalusi dua belas tajuk perbincangan kongres yang bertemakan "Membina Jati Diri Malaysia". Kongres Profesor Negara ketiga ini bertujuan menghasilkan resolusi yang boleh digunakan untuk mengisi gagasan Malaysia Baharu tersebut berlandaskan gagasan “Membina Jati Diri Malaysia".

Mesyuarat Pra Kongres kali ini diserikan dengan kehadiran YBhg. Tan Sri Dr. Rais Yatim , Pengerusi Yayasan Budi merangkap penganjur bersama kongres profesor kali ini. YBhg. Tan Sri turut berkongsi aspirasi kepada para ilmuwan dalam merangka halatuju resolusi perbicangan kongres.

Semoga para ilmuwan terus bersemangat dan tidak putus memberikan khidmat dan pandangan dalam membina pembangunan negara.

02.jpg

03.jpg

04.jpg

07.jpg

08.jpg

06.jpg

Posted in Perbincangan Strategik, Utama on Aug 26, 2019




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara