• image

    Selamat Menyambut

    Hari Kebangsaan 2018

  • image

    Salam Aidil Adha

    1439H / 2018

  • image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Negaraku Sehati Sejiwa: Patriotisme dan Konsep Negara Bangsa
Tarikh Rakaman : 24 Ogos 2017
Tarikh Siaran : 27 Ogos 2017
Panelis :
  1. Prof. Madya Dr. Chang Peng Kee
  2. Prof. Madya Dr. Kartini Aboo Talib@ Khalid

Banyak perkara yang perlu difahami dalam pembentukan konsep negara bangsa. Ada pihak yang berpandangan bahawa negara terbina awal diikuti oleh bangsa. Malah, ada juga yang berpandangan sebaliknya. Pembentukan negara bangsa perlu diasaskan oleh empat faktor iaitu, kefahaman sejarah yang bersifat inklusif, faktor pelaku dan penerimaan kesan daripada sosialisasi dan pendidikan, pengaruh kolektif (kawan, keluarga, organisasi), serta pendedahan media khususnya media alternatif yang menjadi saluran kepada unsur-unsur yang boleh mempengaruhi sikap individu secara negatif. Negara kini berhadapan dengan cabaran untuk menerapkan penghayatan kemerdekaan dalam diri generasi yang maju dari sudut teknologi maklumat. Hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana kesan negatif teknologi maklumat berupaya membawa kepada perpecahan. 

Selain itu, pembentukan negara bangsa dan perpaduan juga sering dikaitkan dengan etnik. Tetapi kebelakangan ini perpaduan dikaitkan dengan perpaduan wilayah khususnya dalam kalangan masyarakat Sabah dan Sarawak. Hal ini mungkin disebabkan kegusaran masyarakat tentang pembangunan yang dianggap tidak sekata antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia. Disebabkan itu, perbincangan konsep negara bangsa sering dikaitkan dengan isu ekonomi khususnya oleh masyarakat Sabah. Lantaran masyarakat Sabah yang rasa terpinggir, jurang yang wujud dari sudut ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan sebagainya perlu dirapatkan. Namun begitu, patriotisme dalam kalangan masyarakat Sabah sebenarnya masih lagi kuat. Isu seperti hasrat untuk keluar dari Malaysia hanyalah luahan rasa dan ia menjadi hal yang besar apabila ditularkan melalui media sosial. 

Berdasarkan hal yang berlaku hari ini, lebih banyak paltfom perpaduan perlu dibentuk yang berpaksi kepada prinsip rukun negara. Bahasa dan sukan adalah antara faktor perpaduan yang melangkaui aspek agama, bangsa dan politik. Golongan muda juga perlu matang dalam menilai perubahan yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Lebih banyak wacana perlu dijalankan agar jurang perbezaan pendapat dalam kalangan masyarakat dapat dikecilkan. Walau dalam apa keadaan, Perlembagaan perlu menjadi teras kepada pembentukan negara bangsa.

Posted in Dialog 2017, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Aug 28, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara