Pandangan Para Ilmuwan

“Hanya jauhari yang mengenal manikam.”

Demikian kata orang yang arif. Kalau bukan seorang "jauhari", kemungkinan besar permata dianggap kaca dan kaca pula dianggap permata. Demikian juga para ilmuwan yang sedang dan telah sekian lama berkecimpung dalam dunia pendidikan, penyelidikan, wacana kesarjanaan, mengumpul kearifan dan bijaksana. Mereka bergelumang dengan data penyelidikan, masak tentang metodologi serta kaedah saintifik, dan pintar menganalisis pelbagai isu dan permasalahan. Oleh itu, dunia para ilmuwan di seluruh dunia maju, termasuklah di Malaysia, adalah dunia yang patuh kepada disiplin akademik, saintifik, intelek dan rasional. Budaya golongan ilmuwan ialah budaya yang mengangkat darjat perdebatan secara rasional, berfakta dan sopan. Budaya yang penuh dengan keangkuhan bukanlah budaya para jauhari, budaya yang hanya layak disindir oleh manikam yang bercahaya.

Majlis Profesor Negara mendukung budaya para ilmuwan ini. MPN sentiasa mengiktiraf kelayakan, pengalaman, pendedahan antarabangsa dan prestasi para ilmuwan di negara ini. Oleh itu MPN akan terus menggembleng tenaga dan kearifan para ilmuwan untuk berwacana, berdebat dan mencari kaedah penyelesaian kepada pelbagai isu yang dihadapi oleh masyarakat dan Negara Malaysia. Dan para ilmuwan perlu jujur dan berani mengungkapkan kebenaran.

Prof. Dr. Kamaruddin M. Said
Timbalan Presiden MPN
25 April 2019


02_01.jpg

Posted in Isu Semasa, Utama on Apr 25, 2019




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara