• image

    Selamat Menyambut

    Hari Kebangsaan 2018

  • image

    Salam Aidil Adha

    1439H / 2018

  • image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi
Tarikh Rakaman : 4 Mei 2017
Tarikh Siaran : 7 Mei 2017
Panelis :
  1. Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose
  2. Prof. Dr. Durrishah Idrus

Jepun dan Korea adalah antara negara luar yang boleh dicontohi dalam hal pengurusan pekerja. Hal ini adalah kerana walaupun mereka mengguna pakai teknologi pada tahap tinggi, peranan tenaga kerja mereka masih lagi relevan dengan kadar pengangguran yang terkawal. Malaysia perlu mempunyai mekanisme tertentu yang boleh digunapakai dalam hal penstrukturan semula organisasi dan menyusun atur tenaga kerja yang ada. Antara perubahan yang perlu diadaptasi ialah perubahan teknologi.

Golongan pekerja juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran yang relevan dan diterima oleh pasaran sebagai sesuatu yang berharga. Senario ini perlu dilihat secara menyeluruh agar wujud keseimbangan antara keperluan pasaran dengan penawaran tenaga kerja. Selain itu, penetapan gaji minimum juga adalah penting supaya individu dapat menjalani kehidupan pada tahap yang baik selaras dengan peningkatan taraf ekonomi negara. Walau bagaimanapun, penetapan kadar gaji perlu sepadan dengan sumbangan dan keupayaan seseorang pekerja itu di dalam organisasi. Dengan ini, pekerja akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan produktiviti dan membantu mencapai matlamat organisasi. Sehingga kini, hanya 8.1 peratus sahaja pekerja di Malaysia yang menyertai Kesatuan Pekerja.

Peratusan ini menjelaskan bahawa, majikan mempunyai pengukurannya yang lebih proaktif untuk memberi ruang kepada pekerja. Kini, Malaysia mula mengamalkan konsep demokrasi di tempat kerja. Demokrasi di tempat kerja berlaku secara berterusan dari tahap paling rendah hingga ke tahap tertinggi. Bermula daripada ketelusan perkongsian maklumat, demokrasi di tempat kerja turut melibatkan sistem perundingan dan penyertaan menyeluruh pekerja untuk membuat keputusan dalam organisasi. Walau bagaimanapun, semua ini hanya dapat diterjemahkan berdasarkan tindakan pekerja dalam melaksanakan kerja yang dipertanggungjawabkan. Pendemokrasian di tempat kerja ini perlu mula dilaksanakan supaya pekerja mempunyai ruang untuk berkreativiti dan berkomitmen dengan kerja. Sekiranya sektor pekerjaan di Malaysia mampu untuk mengupayakan konsep ini sepenuhnya, produktiviti pekerja boleh meningkat sehingga ke tahap maksimum.

Posted in Dialog 2017, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on May 08, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara