• image

    Selamat Menyambut

    Hari Kebangsaan 2018

  • image

    Salam Aidil Adha

    1439H / 2018

  • image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Pelaksanaan Dan Cabaran Program E-Kad Pekerja Asing
Tarikh Rakaman : 27 Julai 2017
Tarikh Siaran : 30 Julai 2017
Panelis :
  1. Prof. Dr. Roselina Ahmad Saufi
  2. Prof. Dr. Azizah Kassim

Jabatan Imigresen seperti yang didedahkan oleh pihak media pernah menyatakan jumlah kasar pendatang asing yang bekerja di negara ini adalah sekitar sejuta orang. Bagi memastikan rekod pendatang asing ini dapat diperoleh dengan tepat, pendaftaran terhadap golongan pekerja asing ini perlu dilaksanakan. Sehubungan itu, Program E-Kad telah dilancarkan di seluruh negara bertujuan membolehkan pendatang tanpa izin (PATI) mendapatkan permit kerja sah selepas melalui beberapa prosedur ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Menurut Jabatan Imigresen, pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 118,491 E-Kad dan mendaftar 131, 269 PATI sejak 15 Feb sehingga 18 Jun 2017, manakala selebihnya sedang diproses untuk mendapatkan kelulusan. Jika dilihat angka tersebut memang jauh dari jangkaan untuk majikan-majikan datang berdaftar, sasaran asal adalah sekitar 400,000 hingga 600,000 orang akan didaftarkan menerusi E-Kad ini.

Memandangkan kebanjiran isu pengurusan pekerja asing ini merupakan salah satu isu strategik negara, Majlis Profesor Negara melalui wakilnya telah diundang dalam program Dialog Pemikir Negara untuk mengupas mengenai pelaksanaan program tersebut. Input cadangan dan cabaran dihadapi pihak pelaksana mengenai proses pendaftaran E-Kad ini telah dikupas dengan mendalam. Antara masalah utama mengenai sistem E-Kad ini adalah ia dianggap sebagai mengulangi sistem pendaftaran sebelum ini iaitu Program 6P. Ini adalah antara faktor yang menyumbang kepada kurangnya sambutan majikan untuk mendapatkan E-Kad untuk pekerja mereka.

Kaedah terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menyelia aktiviti penguatkuasaan bagi memperkasakan setiap undang-undang dan polisi yang telah dibuat. Langkah penyeliaan ini penting kerana rakyat sentiasa menilai keberkesanan program yang dijalankan oleh pihak kerajaan. Selain itu, panel berpendapat, masalah definisi pekerja asing tanpa izin dan pendatang tanpa izin juga perlu dijelaskan. Justeru semua pihak yang berkaitan perlu mewujudkan satu kerjasama yang baik dalam usaha untuk mencari jalan penyelesaian mengenai isu ini.

Posted in Dialog 2017, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Jul 31, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara