• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Hari Raya Aidilfitri

    2018 / 1439H

Pelancaran MPNpoll

MPNpoll sebagai sebuah entiti bebas yang didukung oleh Majlis Profesor Negara (MPN) telah dilancarkan oleh YBhg. Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin. MPNpoll ini dibentuk untuk memberikan pandangan berkecuali yang berkaitan tentang proses demokrasi, antaranya Sistem Pilihan Raya, berasaskan penyelidikan yang mendalam dan objektif.

Peranan utama MPNpoll adalah untuk mengupas dan menganalisis pelaksanaan proses demokrasi, meningkatkan literasi dan kefahaman masyarakat terhadap kefahaman proses demokrasi serta memberi input dasar berkaitan proses demokrasi dan pembangunan negara.

Demi menggarap fungsi utama sebagai Pemikir Negara, MPNpoll telah memberikan pandangan dan kupasan mengenai manifesto parti – parti politik menjelang PRU14 yang berdasarkan kefahaman keadaan semasa. MPNpoll telah menghimpunkan kepakaran dari pelbagai bidang bagi bersama - sama memberi pandangan dan kupasan yang lebih jelas mengenai kandungan manifesto – manifesto tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose mengalu-alukan lebih ramai pelibatan para ilmuwan untuk bersama sama memberikan pandangan dan menjayakan MPNpoll sekaligus ingin menjadi sebuah badan rujukan utama untuk fahaman literasi politik negara.

mpnpoll01.jpg

mpnpoll02.jpg

Posted in Hebahan, Utama on Mar 26, 2018




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara