• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Pembangunan Lestari Dan Meningkatkan Ekonomi Di Malaysia
Tarikh Rakaman : 9 Mac 2017
Tarikh Siaran : 12 Mac 2017
Panelis :
  1. Prof. Madya. Dr. Mariani Mohd. Nor
  2. Prof. Madya. Dr. Zaharah Hussin
  3. Prof. Dr. Jomo Kwamesundram

Dunia global sedang mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) yang akan memberi kesan kepada ekonomi, pekerjaan dan urusan kehidupan masyarakat pada masa hadapan. Malaysia tidak terlepas untuk mengalami perubahan kerana mempunyai interaksi dalam pelbagai aspek dengan dunia luar.

Biarpun begitu perubahan tersebut perlulah melalui sebuah pembangunan yang lestari bagi mencapai kejayaan inklusif dan dalam masa sama dapat meningkatkan ekonomi negara. Bagi mengupas isu tersebut, program Dialog Pemikir Negara cuba memperhalusi beberapa kriteria yang perlu diberi tumpuan.

Bidang pendidikan antara kriteria yang perlu diberi keutamaan bagi mempersiapkan tenaga modal insan bagi berdepan dengan keperluan industri pekerjaan di masa hadapan. Gelombang trend pekerjaan pada masa hadapan pastinya sudah tidak sama dengan apa yang ada masa kini sehingga menyebabkan apa yang diikuti di institusi pengajian tinggi tidak dapat memenuhi permintaan industri. Dalam hal ini bidang berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta TVET perlulah diberi perhatian.

Nasib golongan B40 juga perlu diberi perhatian bagi memastikan kumpulan pendapatan rendah ini tidak tercicir daripada arus pembangunan negara. Di manakah golongan ini di masa hadapan, adakah mereka sudah berjaya menempatkan diri di kalangan golongan M40 nanti. Kenaikan kos sara hidup pada masa kini perlu diberi perhatian kerana memberi kesan kepada pendapatan rakyat di negara ini.

Posted in Dialog 2017, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Mar 13, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara