• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Pembangunan Wakaf IPT di Malaysia
Tarikh Rakaman : 15 Jun 2017
Tarikh Siaran : 18 Jun 2017
Panelis :
  1. Prof. Dato' Dr. Inayah Yaakub
  2. Prof. Madya Dr. Mashitoh Mahmood
  3. Prof. Dr. Ismail Omar

Konsep wakaf pendidikan kini semakin popular untuk diperkatakan sejak kebelakangan ini sebagai salah satu alternatif untuk menyahut saranan Kementerian Pendidikan Tinggi melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang menyasarkan semua universiti awam (UA) mempelbagaikan sumber penjanaan bagi menampung sebahagian keperluan universiti masing-masing. Wakaf pendidikan merupakan jalan terbaik bagi membolehkan universiti memperoleh dana untuk dijadikan manfaat kepada warga universiti. Biarpun begitu, masih banyak pihak yang belum memahami secara menyeluruh mengenai konsep wakaf pendidikan ini.

Keperluan untuk memberi penjelasan kepada masyarakat awam dilunaskan oleh Majlis Profesor Negara melalui program ini yang menerangkan mengenai peranan waqaf dalam konteks lebih luas. Peranan waqaf sebenarnya telah berubah daripada tumpuan terhadap pembangunan sekolah dan tanah perkuburan kepada penjanaan pendapatan ekonomi dan pendidikan.

Komponen utama yang berkait dalam dalam sistem waqaf pendidikan IPT ini dibincangkan dari sudut peranan universiti awam, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Institusi Raja-Raja Melayu dan agensi berkaitan. Pertembungan kuasa antara MAIN yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal wakaf dengan universiti awam di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan diperincikan di dalam perbincangan ini.

Perbezaan konsep waqaf dan konsep pembiayaan dijelaskan dalam diskusi ini bagi memberi kefahaman yang menyelurh. Para panel turut memberikan contoh mengenai pelaksanan wakaf pendidikan IPT yang telah dijalankan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan tentang bagaimana pelaksanaan sistem waqaf pendidikan yang berjaya dilaksanakan di Turki.

Posted in Dialog 2017, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Jun 19, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara