• image

    Selamat Menyambut

    Hari Kebangsaan 2018

  • image

    Salam Aidil Adha

    1439H / 2018

  • image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Pembudayaan Tinggi TN50
Tarikh Rakaman : 20 April 2017
Tarikh Siaran : 23 April 2017
Panelis :
  1. Prof. Dr. Zaid Ahmad
  2. Prof. Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi

Malaysia kini berada dalam proses membina peradaban mengikut kepada acuan sendiri. Pembentukan TN50 melibatkan penambahbaikan kepada dasar dan polisi kerajaan yang sedia ada. Pembentukan TN50 dikatakan berbeza dengan dasar-dasar negara yang sedia ada kerana pembentukannya bukan sahaja melibatkan dasar-dasar kerajaan, malah suara rakyat juga turut diambil kira secara serius. Disebabkan itu, pelancaran TN50 bermula dari peringkat bawah melalui program town hall serta perjumpaan rasmi dan tidak rasmi dengan semua pemegang taruh yang merentasi agama, bangsa dan fahaman politik masing-masing. Pembudayaan tinggi TN50 menjelaskan tentang sejauh mana generasi muda hari ini turut diambil kira dan dilibatkan dalam agenda negara menuju TN50.

Generasi muda hari ini dilihat mudah untuk menerima polisi dan dasar kerajaan sekiranya polisi dan dasar tersebut jelas, mempunyai perincian yang dapat difahami, mempunyai logika dan dapat memberi manfaat untuk jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan jangka masa panjang kepada mereka. Selain itu, minda masyarakat perlu dibentuk bahawa TN50 adalah agenda kerajaan yang melangkaui faktor politik dan bertujuan untuk membudayakan nilai tinggi seiring dengan pembangunan dan kemajuan negara.

Cabaran yang sedang dihadapi pada hari ini ialah kekaburan mengenai strategi TN50 seperti prinsip atau teras yang akan diguna pakai dalam Pelan Tindakan TN50. Masyarakat dilihat masih tidak jelas tentang manfaat yang akan diterima melalui TN50. Hal ini menuntut kepada tindakan untuk mengarusperdanakan dasar atau polisi yang dirancang sebelum ianya dibentuk secara menyeluruh. Banyak perkara yang perlu diperhalusi oleh pihak kepimpinan masa kini untuk memastikan TN50 dapat dicapai seperti yang direncanakan.

Oleh yang demikian, dalam mengarusperdanakan setiap wacana, golongan cendekiawan perlu dilibatkan sepenuhnya supaya peradaban yang dibentuk berpaksikan kepada asas ilmu yang kukuh dan mempunyai titik pertemuan yang sama.

Posted in Dialog 2017, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Apr 24, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara