• image

    Syarahan Perdana STEM 2018

    2 Oktober 2018 | 9:00 pagi - 1:00 t/hari

    Dewan Resital, UMS
  • image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Pendanaan Model Universiti Bersama Profesor Indonesia

Malaysia mempunyai 20 buah universiti awam yang mana 80 hingga 90 peratus bajet tahunannya dibiayai oleh pihak kerajaan. Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi), kebergantungan universiti awam kepada dana kerajaan akan dikurangkan. Hal ini menyebabkan pucuk kepimpinan universiti awam perlu menyusun strategi dan membentuk mekanisme tersendiri untuk menjana pendapatan, selain menyokong agenda soaring upwards yang diangkat oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.

Tujuan utama pertemuan antara pucuk kepimpinan universiti awam dari Malaysia dengan Perguruan Tinggi Negeri Badan Hukum (PTNBH) di Indonesia ini adalah untuk membuat perbincangan dan bertukar pengalaman berkaitan dengan program dan strategi pendanaan universiti khususnya dari sudut penjanaan pendapatan. Di Indonesia, 11 buah universiti milik kerajaan Indonesia telah dinaik taraf menjadi PTNBH, iaitu universiti yang diberikan autonomi sepenuhnya oleh pihak kerajaan dalam hal pengurusan akademik, bukan akademik dan kewangan.

Di akhir perbincangan, universiti awam di Malaysia disaran untuk membentuk model pendanaan yang bersesuaian dengan usia, pengalaman, jumlah nilai asset, kedudukan sumber manusia dan pengiktirafan taraf akademik (ranking) masing-masing. Model oleh PTNBH dilihat sebagai salah satu model yang menarik untuk diteliti oleh universiti awam di Malaysia.

40.jpg

41.jpg

Posted in 2017, Aktiviti, Arkib 2017 on Oct 03, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara