Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Perbincangan Meja Bulat (RTD) telah diadakan pada 7 Feb 2020 di Pejabat Sekretariat MPN bagi memperkukuhkah hasil dapatan kajian MPN bagi Cadangan Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

RTD yang disertai oleh Prof. Emeritus Dato Dr. Isahak Haron, Prof. Dr. Dato Teo Kok Seong, Prof Tan Sri Wira Abdul Latif,Prof Dato Jalaluddin Haron,Prof. Madya Dr. Shamrahayu, Prof. Madya Dr. Izani dan Dr. Muhammad Asri telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose.

Satu kajian telah dibuat kepada semua profesor & profesor madya bagi mendapatkan pandangan para ilmuwan tentang isu PPSMI ini. Majoriti tidak bersetuju dengan pelaksanaan PPSMI 2.0 setelah banyak kajian terdahulu menunjukkan kepada kegagalan PPSMI.

Majlis Profesor Negara berpendapat agar pengajaran & pembelajaran di sekolah rendah & menengah perlu dibuat dalam bahasa kebangsaan.

Namun demikian, dalam mengangkat aspirasi pembinaan negara bangsa & keberadaan negara, pemantapan pengajaran & pembelajaran Bahasa Inggeris perlu diperkukuhkan dahulu sebelum pelaksanaan PPSMI. Tidak semestinya melalui subjek Sains & Matematik sahaja. Masa pembelajaran & kualiti tenaga pengajar perlu dipertingkatkan dalam melahirkan pedagogi yang berkualiti dan terlatih.

Pemantapan program Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris perlu diberikan penekanan yang lebih teliti disamping penambahbaikan program dwi bahasa (DLP-dual language programme)

Setiap dasar yang digubal haruslah sejajar dengan dasar pendidikan kebangsaan iaitu membangunkan potensi SETIAP individu bagi memenuhi aspirasi negara agar tiada yang keciciran dan ketinggalan.

06.jpg

04.jpg

02.jpg

01.jpg

Posted in Perbincangan Meja Bulat, Utama on Feb 07, 2020




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara