• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Pengiktirafan Terhadap Baitulmaqdis sebagai Ibu Negara Israel
Tarikh Rakaman : 14 Disember 2017
Tarikh Siaran : 17 Disember 2017
Panelis :
  1. Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff
  2. Dr. Aminuraasyid Yatiban

Isu Palestin kembali menjadi tumpuan dunia apabila Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara haram Israel pada 6 Disember 2017. Tindakan kontroversi itu telah menyebabkan bukan sahaja negara Islam, malah negara bukan Islam turut mengecam tindakan biadap Presiden AS tersebut. Sejak pengumuman tersebut dibuat, pelbagai kecaman dan kritikan telah diberikan termasuklah ancaman untuk memboikot barangan AS oleh rakyat negara ini. Golongan ilmuwan tidak ketinggalan untuk berbuat demikian dengan membawa isu ini untuk dikongsi bersama-sama rakyat di dalam program Dialog Pemikir Negara.

Program diskusi ini membincangkan mengenai implikasi yang timbul kepada dunia ekoran pengumuman yang boleh dianggap untuk memenuhi janji manis Trump dalam manifesto pilihan raya presiden lalu. Pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara haram Israel secara tidak langsung telah menyebabkan beberapa perjanjian sebelum ini terbatal dan sudah pasti akan menimbulkan ketegangan di antara orang-orang Islam dan Kristian dengan Yahudi berhubung kedudukan kota suci di bumi Asia Barat itu.

Konflik lebih besar bakal berlaku dan menjadi semakin berpanjangan kerana ia melibatkan pemimpin-pemimpin utama dunia. Pengisytiharan tersebut seolah-olah memperlihatkan AS mengenepikan pandangan negara lain dan menyaksikan AS cuba membuat penentangan dengan dunia sebenarnya. Ketegangan ini sudah pastinya akan menyebabkan wujud beberapa gerakan berkaitan untuk menentang keputusan Presiden AS. Selain itu, ia juga akan memberi kesan kepada ekonomi dunia terutamanya sektor perdagangan dan harga minyak dunia.

Sifat pelik Donald Trump juga disentuh di dalam program ini memandangkan beliau kelihatan sebagai seorang pemimpin yang tidak tahu mengenai politik apabila mengambil keputusan untuk memindahkan Kedutaan AS ke Baitulmaqdis tanpa memikirkan kesan politik terhadap isu kota lama tersebut.

Posted in Dialog 2017, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Dec 18, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara