Penjawat Awam: Terlalu Ramai?

Susulan kenyataan YAB Perdana Menteri mengenai jumlah penjawat awam pada masa kini adalah sebanyak 1.7 juta iaitu peningkatan sebanyak 700,000 orang berbanding hanya 1 juta pada zaman pentadbiran beliau, berikut merupakan hasil perbincangan Wacana Sinar Ilmuwan:

  1. Saiz perkhidmatan awam di negara kita tidak terlalu besar.

  2. Negara kita belum mencapai negara maju yang mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan.

  3. Jika bajet negara mencukupi, isu jumlah penjawat awam tidak akan timbul.

  4. Penjawat awam merupakan pelaksana utama polisi dan dasar kerajaan.

  5. Negara kita dipacu oleh perkhidmatan awam yang memberi kesan kepada ekonomi keseluruhannya.

  6. Negara kita memiliki 19 peratus penjawat awam dari keseluruhan jumlah pekerja.

  7. Dalam konteks perbandingan industri, jumlah penjawat awam tidak tinggi berbanding kebanyakan negara lain.

01.jpg

03.jpg

02.jpg


Posted in Sinar Ilmuwan, Utama on Mar 21, 2019




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara