• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Peranan Ilmuwan Sebagai Pemikir Negara

Sempena Kunjungan Rasmi Dewan Guru Besar, Universiti Gadjah Mada (UGM), Indonesia ke MPN pada 5 Disember 2017, satu perbincangan meja bulat mengenai Peranan Ilmuwan Sebagai Pemikir Negara telah diadakan di Balai Ilmuwan, MPN. Objektif perbincangan ini adalah untuk mengupas peranan ilmuwan sebagai pemikir negara iaitu salah satu pihak berkepentingan dalam penggubalan dasar negara sama ada dari sudut pendidikan, politik, ekonomi mahupun sosial.

Sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MPN ini turut dihadiri oleh ahli Kluster Pertanian dan Makanan, ahli Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, serta ahli Kluster Pembangunan Sosial dan Kesejahteraan. Delegasi Dewan Guru Besar pula diketuai oleh Prof. Dr. Ir. Putu Sudira.

Dewan Guru Besar adalah gabungan profesor dari 18 fakulti di UGM. Peranannya menjurus kepada tiga kategori iaitu akademik, perubatan dan wawasan kebangsaan. Berdasarkan itu, pelbagai isu telah dikupas dengan harapan dapat membentuk jalinan kerjasama antara Malaysia dengan Indonesia yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak tanpa menjejaskan kedaulatan kedua-dua negara. Ia juga membawa harapan agar lebih banyak isu yang berkaitan antara dua negara ini dapat diperhalusi dari perspektif akademik dan menyelesaikannya secara holistik dan lebih berstrategi. Atas dasar keserumpunan juga, antara perkara yang dibincangkan ialah isu bahasa, pertanian, halal toyyiban dan perubatan.

33.jpg

34.jpg

Posted in 2017, Aktiviti, Arkib 2017 on Dec 06, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara