Perbincangan bertema Pasca COVID-19

Penularan wabak covid-19 di seluruh dunia, termasuk Malaysia, telah memberikan dambak yang membinasakan terhadap hampir kesemua aspek kehidupan masyarakat, daripada kehidupan ekonomi dan pendidikan hinggalah kepada kehidupan keluarga dan kaunseling. Wabak ini tidak menyerang atau memusnahkan infrastruktur dan sistem kehidupan yang setia ada. Tatapi serangan virus halimunan ini terhadap manusia dan sumber manusia telah menyebabkan pelbagai institusi dan organisasi sosial mengamali hibernasi dan kelumpuhan yang amat serius. Perbincangan bertema yang dicadangkan ini lebih bertujuan untuk memikirkan strategi dan amalan baru secara saling berhubung kait antara satu sama lain dan secara keseluruhannya untuk membantu Kerajaan dan pihak yang relevan untuk membolehkan ekonomi dibangunkan semula dan masyarakat disejahterakan. Mungkin satu blueprint akan terhasil daripada wacana dan dialog yang akan diadakan ini.

  1. STRATEGI MENANGANI MASA DEPAN PENGAJIAN TINGGI
  2. STRATEGI PELAKSANAAN PENGAJARAN SECARA ATAS TALIAN
  3. STRATEGI PELAKSANAAN PEPERIKSAAN SECARA ATAS TALIAN
  4. STRATEGI PENGAJARAN BERMAKMAL
  5. STRATEGI PEMUNGUTAN YURAN PENGAJIAN
  6. STRATEGI PEMASARAN E-BOOK/NOTA KULIAH
  7. STRATEGI PELAKSANAAN PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI TERFOKUS
  8. STRATEGI PENYUSUNAN SEMULA SISTEM KREDIT MIKRO
  9. STRATEGI BARU MENANGANI PENGANGGURAN
  10. STRATEGI PENGGUNAAN TENAGA KERJA ASING TERFOKUS
  11. STRATEGI MEMBANGUNKAN SEMULA USAHA KECIL & SEDERHANA
  12. STRATEGI PEMANTAPAN INDUSTRI PENGHANTARAN BARANGAN PENGGUNA
  13. STRATEGI MEMBANGUNKAN SEMULA INDUSTRI PELANCONGAN
  14. STRATEGI MENANGANI KESELAMATAN & PERTAHANAN NEGARA
  15. STRATEGI MENANGANI INDUSTRI PENERBANGAN AWAM
  16. STRATEGI PELAKSANAAN PENTADBIRAN AWAM NORMAL BARU
  17. STRATEGI BARU DASAR LUAR MALAYSIA
  18. STRATEGI HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN AMERIKA SYARIKAT DAN CHINA
  19. STRATEGI MEMBANTERAS JENAYAH
  20. STRATEGI PENJARAKAN SOSIAL BAGI PENGANGKUTAN AWAM
  21. STRATEGI PENJARAKAN SOSIAL DI TEMPAT IBADAT
  22. STRATEGI PENJARAKAN SOSIAL MAJLIS KERAMAIAN
  23. STRATEGI PENYUSUNAN SEMULA AGENDA PERPADUAN NEGARA
  24. STRATEGI PEMAMTAPAN SISTEM DEMOKRASI DAN POLITIK
  25. STRATEGI PEMANTAPAN SISTEM PENGURUSAN KESIHATAN DAN PERUBATAN
  26. STRATEGI PEMANTAPAN SISTEM EDARAN DAN PENGANGKUTAN BAHAN BEKALAN
  27. STRATEGI MENGHARMONIKAN KEHIDUPAN KELUARGA
  28. KAEDAH BARU PEMBERSIHAN DIRI
  29. KAEDAH BARU PEMBERSIHAN TEMPAT AWAM
  30. KAEDAH AMALAN BARU BUSANA
  31. KAEDAH AMALAN BARU KAUNSELING

Posted in Perbincangan Strategik, Utama on May 11, 2020




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara