• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Perbincangan Meja Bulat Bersama University of International Business Economic (UIBE), China

Rentetan daripada Preparatory Working Conference on China-ASEAN Economic Universities Consortium yang diadakan pada 29 Julai 2017 di Guizhou, China, University of International Business Economic (UIBE), China telah mengunjungi MPN pada 26 Januari 2018 dan mengadakan satu perbincangan meja bulat yang memfokuskan kepada bentuk kerjasama pada masa hadapan antara UIBE dengan universiti di Malaysia khususnya yang terlibat dengan bidang perniagaan dan ekonomi. Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MPN. Seramai sembilan orang ahli UIBE telah menyertai delegasi ini yang diketuai oleh Prof. Zhoa Zhongxiu, Timbalan Presiden UIBE.

Tumpuan perbincangan melibatkan hal-hal yang berkaitan dengan penubuhan Sekolah Perniagaan “China -ASEAN the Belt and Road Initiative” di UIBE Kampus Qingdao iaitu sekolah perniagaan yang akan menyatukan universiti ekonomi di China dan ASEAN. Antara kerjasama yang dirangka ialah aspek penghantaran dan pertukaran pelajar, perkongsian teknologi, latihan industri dan sokongan intelektual. Turut serta dalam perbincangan ini ialah wakil dari pusat pengajian perniagaan dan ekonomi dari universiti di seluruh Malaysia. UIBE_01
UIBE_02
UIBE_03
UIBE_04

Posted in Perbincangan Meja Bulat, Utama on Jan 27, 2018




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara