Pertemuan bagi persediaan Kongres Profesor Negara

TARIKH: 23 JULAI 2019
MASA: 12 TENGAH HARI
TEMPAT: SERI PACIFIC HOTEL, KUALA LUMPUR

Satu pertemuan antara kumpulan pemikir MPN bersama Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim telah diadakan pada 23 Julai 2019 bagi persediaan ke arah Kongres Profesor Negara (KPN) ke-3. MPN yang diwakili oleh Prof Ulung. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose, Prof. Dr. Kamaruddin M. Said, Tan Sri Wira Abdul Latif Bakar & Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan telah berbincang isu-isu strategi negara yang perlu diketengahkan dan dijadikan tajuk perbicangan semasa kongres tersebut. Mengangkat tema Membina Jatidiri Negara Malaysia, 10 tajuk perbincangan berkaitan telah dikenalpasti dan perlu diperhalusi dari beberapa sesi perbincangan pra-kongres sebelum dibentangkan sebagai resolusi kepada pihak-pihak yang terlibat.

03.jpg


02.jpg


Posted in Perbincangan Strategik, Utama on Jul 24, 2019




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara