• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Menyambut Nuzul Quran

    17 Ramadan 1439H

  • image

    Selamat Menyambut

    Pesta Ka'amatan dan Hari Gawai

  • image

    Selamat Menyambut

    Hari Wesak

Pesta Usahawantani dan Klinik Pertanian

Kerajaan kini sedang giat menggalakkan penglibatan masyarakat khususnya golongan muda dalam bidang pertanian bagi mengurangkan kadar pengangguran. Mengambil inisiatif atas saranan kerajaan ini, MPN Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Pesta Usahawantani dan Klinik Pertanian pada 26 dan 27 September 2017 bertempat di Dewan Merdeka dan Arena Merdeka, Tapah, Perak.

Program anjuran bersama Kerajaan Negeri Perak dan Jabatan Pertanian Negeri Perak ini telah dirasmikan oleh Dato’ Saarani Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Perak. Penganjuran program ini juga adalah bersempena dengan Pemukiman Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak.

Objektif penganjuran program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai ilmu keusahawanan khususnya dalam bidang pertanian. Pengunjung didedahkan dengan ilmu seperti penghasilan baja kompos, penanaman cendawan, cantuman tanaman, penghasilan baja organik dan sebagainya yang berkaitan dengan pertanian. Secara keseluruhan, penganjuran program ini dijangka dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap bidang pertanian dan menarik lebih ramai generasi muda untuk terlibat secara aktif dalam perniagaan yang berunsurkan pertanian.

27.jpg

28.jpg

Posted in 2017, Aktiviti, Arkib 2017 on Sep 27, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara