• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Hari Raya Aidilfitri

    2018 / 1439H

Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat

Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) menjadi topik perbincangan program Dialog Pemikir Negara pada kali ini kerana semua mata di dunia tertumpu kepada negara kuasa besar ini. Persaingan antara Donald Trump dan Hillary Clinton yang mewakili Republikan dan Demokrat menjadi semakin hangat menjelang tarikh pilihan raya pada 8 November 2016.

Pilihan Raya Presiden pada kali ini menampilkan kelainan berbanding sebelum ini kerana ia membuka ruang kepada rakyat dan negara AS untuk memilih seorang wanita sebagai presiden. Sudah tentu pelantikan ini akan mencipta satu rekod istimewa bagi golongan wanita di negara kuasa besar itu. Ini adalah kerana rekod negara tersebut terhadap kesamaan hak wanita amat mengecewakan. Terdapat banyak kes diskriminasi terhadap wanita yang berlaku di negara tersebut termasuk di tempat kerja, universiti dan sekolah. Hillary Clinton merupakan nama yang sering disebut sebagai wanita pertama yang dijangka akan menjawat jawatan presiden AS sejak beliau bertanding menentang Barack Obama dalam pemilihan calon demokrat untuk pilihanraya Presiden 2008. Di sini timbul persoalan sama ada Clinton layak mewakili rakyat AS, terutama golongan wanita, sebagai presiden wanita pertama AS.

Bagi Trump pula, beliau sering dianggap oleh rakyat Amerika yang berpendidikan sebagai calon yang amat memalukan untuk mewakili rakyat atau negara itu kerana kelihatan kenyataannya tidak kena pada tempat dan menimbulkan kemarahan kepada rakyat. Lebih-lebih lagi. beliau tidak begitu banyak pengalaman dalam bidang pentadbiran dan politik.

Posted in Dialog 2016, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Sep 01, 2016




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara