• image

    Syarahan Perdana STEM 2018

    2 Oktober 2018 | 9:00 pagi - 1:00 t/hari

    Dewan Resital, UMS
  • image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Preparatory Working Conference on China-Asean Economic Universities Consortium

Pada 29 Julai 2017, University of International Business and Economics (UIBE) bersama dengan Guizhou University of Finance and Economics di China telah menganjurkan Preparatory Working Conference on China-ASEAN Economic Universities Consortium. MPN telah dijemput untuk menghadiri persidangan tersebut agar dapat turut sama memberikan input dari perspektif yang berbeza. Persidangan ini merupakan persidangan tahunan sejak tahun 2008 yang dianjurkan di Guizhou, China yang bertujuan mewujudkan sebuah Konsortium Universiti Ekonomi China-ASEAN bagi mencapai persetujuan Piagam Konsortium.

Persidangan merupakan platfom untuk mengintegrasikan dan berkongsi sumber serta mempromosikan pendidikan dan penyelidikan saintifik dalam bidang seperti penyelidikan ekonomi serantau, penggubalan dasar negara, pendidikan tinggi, pembentukan tenaga pengajar dan pertukaran pelajar antarabangsa. Kerjasama tersebut turut menyumbang kepada perkongsian matlamat di peringkat antarabangsa serta kerjasama dalam menyokong dasar “The Belt and Road Initiative” serta merealisasikan penaikantaraf pelan tindakan "10 + 1". Persidangan ini dihadiri 85 peserta dari Kolej Universiti China dan negara ASEAN, kedutaan negara ASEAN di China dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Hasrat Persidangan bagi penubuhan Konsortium Universiti Ekonomi China-ASEAN tersebut tercapai apabila perwakilan peserta bersetuju untuk terus mempromosikan projek tersebut.

Semasa persidangan tersebut, UIBE turut melancarkan pelan tindakan tahunan yang merangkumi tiga perkara utama. Pertama, membuat lawatan rasmi ke beberapa kolej dan universiti utama yang telah dijemput ke persidangan kerja, membuat dialog dengan kepimpinan universiti, dan mempromosikan kerjasama perjanjian atau MoU di bawah rangka kerja Konsortium. Kedua, memulakan perkongsian di Sekolah Perniagaan "China-ASEAN the Belt and Road Initiative" di UIBE Kampus Qingdao yang baharu dibangunkan. Ketiga, bertukar-tukar pandangan tentang meneroka kerjasama yang berpotensi dalam projek pendidikan, seperti program Sarjana "1 + 3", "2 + 2" dan program Ijazah Sarjana "1 + 1".

37.jpg

Posted in 2017, Aktiviti, Arkib 2017 on Jul 30, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara