• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Menyambut Nuzul Quran

    17 Ramadan 1439H

  • image

    Selamat Menyambut

    Pesta Ka'amatan dan Hari Gawai

  • image

    Selamat Menyambut

    Hari Wesak

Program Ilmuwan Bersama Masyarakat Sabah

Pada tahun 2017, MPN berjaya meneruskan program tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat melalui penganjuran Program Majlis Profesor Negara Bersama Masyarakat Sabah yang berlangsung pada 27 Mac hingga 2 April 2017. Program ini dibahagikan kepada lapan daerah iaitu Semporna, Tawau, Sandakan, Kundasang & Ranau, Kota Marudu & Kudat, Lahad Datu, Sipitang dan Kota Belud. Program khidmat masyarakat ini bukan sahaja menyumbang kepakaran ilmuwan kepada rakyat Negeri Sabah malah, sekaligus menemukan beberapa isu strategik yang perlu diberi perhatian.

Antara isu strategik tersebut ialah penelitian isu pembangunan infrastruktur dan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo; tahap keselamatan perairan Sabah; tahap patriotisme masyarakat Sabah; keperluan mewujudkan sebuah blueprint bagi memperkasa industri pelancongan; masalah penduduk tanpa dokumen; pendidikan untuk anak-anak tanpa dokumen; masalah bekalan air; ketidakseragaman taburan sosio-ekonomi; pertindihan sempadan Pulau Sebatik Malaysia dengan Indonesia dan inisiatif untuk menjadikan Gunung Kinabalu sebagai Global Geopark kedua selepas Langkawi menjelang 2020.

Penemuan semua isu berkenaan dilihat menepati objektif program ini untuk menilai senario kesejahteraan hidup masyarakat setempat dalam meningkatkan kualiti kehidupan di masa hadapan. Pada masa sama, penganjuran program ini dapat menggembleng kerjasama strategik antara golongan ilmuwan dengan pemimpin tempatan sebagai inisiatif memacu kelestarian pembangunan negara dan membantu menilai semula polisi sedia ada yang dapat menambah baik kualiti kehidupan rakyat.

Melalui program ini, para ilmuwan turut diperkenalkan dengan budaya "tagal" yang menjadi amalan masyarakat Sabah untuk memelihara kelestarian sumber ikan dan hidupan sungai. Budaya ini sesuai diterapkan bersama beberapa lagi amalan budaya positif masyarakat Malaysia yang berbilang kaum untuk diangkat menjadi agenda pembangunan lestari.

21.png

22.jpg

Posted in 2017, Aktiviti, Arkib 2017, Profesor Bersama Masyarakat on Apr 02, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara