• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Program Motivasi Zon Utara

Selaras dengan peranan dan tanggungjawab golongan ilmuwan untuk menyumbang kepakaran ilmu kepada masyarakat, MPN Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Program Motivasi Zon Utara. Program yang berkonsep jelajah ini telah bermula pada 1 hingga 5 November 2017. Lokasi yang terlibat ialah Kolej Matrikulasi Kedah, Kolej Matrikulasi Perlis, Maktab Mahmud Alor Setar, Maktab Mahmud Langkawi dan beberapa Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di negeri Kedah.

Program ini merupakan antara mekanisme yang diterapkan untuk menggalakkan para pelajar sekolah mempunyai budaya cintakan ilmu, fokus kepada pembelajaran dan membentuk masa depan secara terancang. Berpegang kepada teras untuk menyedarkan masyarakat dan pelajar mengenai kepentingan pendidikan, objektif utama program ini adalah untuk memberi motivasi, berkongsi ilmu dan pengalaman kepada para pelajar dalam konteks tahap pengajian semasa dan perancangan hala tuju di peringkat pengajian tinggi.

Seramai kira-kira 1000 lebih orang pelajar dianggarkan telah menyertai program jelajah ini. Program ini dijangkakan dapat membuka minda para pelajar supaya tidak terlalu menghadkan skop bidang pengajian kepada bidang agama semata-mata kerana pendidikan mempunyai skop yang lebih luas dan sentiasa boleh dikaitkan dengan bidang agama.

29.jpg

30.jpg

Posted in 2017, Aktiviti, Arkib 2017 on Nov 06, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara