• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Hari Guru 2018

    "Guru Pemacu Transformasi Pendidikan"

  • image

    Selamat Menyambut

    Ramadan Al-Mubarak

    2018M | 1439H

  • image

    Buletin Pemikir Negara Edisi ke 2

    Telah Terbit!

Program Profesor Bersama Masyarakat (PPBM) 2018: Johor

Program Profesor Bersama Masyarakat (PPBM) kali ketiga bagi tahun 2018 telah diadakan di daerah Segamat, Johor. PPBM yang diadakan pada 28 hingga 30 Mac 2018 ini merupakan anjuran MPN bersama Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Johor dan Universiti Teknologi Tun Hussien Onn (UTHM). Majlis perasmian telah berlangsung di UiTM dan disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Naqiyuddin Bakar, Rektor UiTM cawangan Johor. Manakala, majlis penutup di Kampung Jementah disempurnakan oleh Prof. Dr. Omar Yaakob, Pengerusi MPN Chapter UTM.

Antara program dan aktiviti yang diadakan sepanjang PPBM kali ini ialah:

  1. Program STEM bersama guru Sains dan Matematik di Dewan Seri Temenggung, UiTM Segamat
  2. Program STEM bersama pelajar sekolah menengah di Dewan Seri Temenggung, UiTM Segamat
  3. Pameran pertanian, penternakan dan makanan
  4. Pameran pendidikan
  5. Pameran kesihatan
  6. Program saringan kesihatan individu, wanita dan keluarga
  7. Program motivasi profesor bersama masyarakat
  8. Program menyelami denyut nadi rakyat
  9. Forum kesejahteraan ummah: Memperkasa kesejahteraan ummah Johor
  10. Aktiviti gotong royong, mengecat dan membaikpulih rumah penduduk kampung
  11. Aktiviti mural di SMK Seri Jementah

05.jpg

04.jpg

02.jpg

01.jpg

Posted in Profesor Bersama Masyarakat, Utama on Mar 28, 2018




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara