• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Hari Raya Aidilfitri

    2018 / 1439H

Program Profesor Bersama Masyarakat (PPBM) 2018 : Melaka

Selepas Negeri Terengganu, Program Profesor Bersama Masyarakat 2018 (PPBM) diteruskan di peringkat Negeri Melaka. PPBM yang julung-julung kalinya diadakan di Negeri Melaka ini telah berlangsung pada 16 dan 17 Mac 2018 bertempat di Dewan Felda Hutan Percha, Alor Gajah, Melaka. Perasmian program telah disempurnakan oleh Datuk Wira Koh Lai Kwong, Ahli Parlimen Alor Gajah.

Penganjuran yang bertujuan membuka ruang kepada golongan ilmuwan dan profesional untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat setempat ini telah menarik kehadiran seramai lebih 300 peserta yang terdiri daripada komuniti setempat dan komuniti Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini berlangsung ialah gotong royong membersihkan masjid, gotong royong membersihkan rumah golongan yang tidak berkemampuan, gotong royong membersihkan kawasan sekitar, pemeriksaan kesihatan, dan ceramah motivasi kepada golongan pelajar. Selain itu, turut diadakan ialah sesi dialog profesor bersama mahasiswa yang bertajuk Transformasi Nasional: Isu dan Cabaran yang diadakan di Auditorium Ibn Khaldun, KUIM.
01.jpg

02.jpg

04.jpg

Posted in Profesor Bersama Masyarakat, Utama on Mar 17, 2018




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara