• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Hari Raya Aidilfitri

    2018 / 1439H

Program Profesor Bersama Masyarakat (PPBM) 2018: Terengganu

Program Profesor Bersama Masyarakat (PPBM) adalah program yang berkonsepkan turun padang dan merupakan program tahunan MPN bermula sejak tahun 2012. Objektif PPBM adalah untuk memberi peluang kepada para ilmuwan untuk berinteraksi dengan masyarakat, pelajar dan pemimpin tempatan di samping bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai perkara dan berkongsi ilmu pengetahuan.

Bagi tahun 2018, Negeri Terengganu menjadi negeri pembuka bagi PPBM yang melibatkan kerjasama antara Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Pejabat Menteri Besar Terengganu, institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Terengganu serta agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri di Terengganu. PPBM Terengganu berlangsung pada 8 dan 9 Februari 2018 di UniSZA kampus Gong Badak dan di perkarangan Masjid Kampung Tok Jembal, Seberang Takir. Antara pengisian program ini ialah:

  1. Rakaman program Advokasi Ilmuwan yang bertajuk “Islam dan Pembangunan Ummah: Bolehkah Malaysia Menjadi Model Terbaik?”
  2. Rakaman Forum Kesejahteraan Ummah yang bertajuk “Islam dan Isu Baitul Maqdis”
  3. Saringan dan rundingan kesihatan
  4. Khidmat nasihat mengenai bidang pertanian dan penternakan
  5. Ceramah dan pameran pendidikan.

prof_bers_masy_01
prof_bers_masy_02

Posted in Profesor Bersama Masyarakat, Utama on Feb 08, 2018




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara