• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Hari Raya Aidilfitri

    2018 / 1439H

Program Profesor Bersama Masyarakat (PPBM) 2018: Kelantan

Program Profesor Bersama Masyarakat Negeri Kelantan akan diadakan pada 16 hingga 18 April 2018 yang melibatkan kerjasama antara Majlis Profesor Negara (MPN), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan agensi persekutuan negeri Kelantan. Program ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan para ilmuwan bersama komuniti setempat. Di samping itu, program ini juga merupakan platform para ilmuwan untuk membantu mendalami permasalahan masyarakat setempat secara lebih holistik. Hampir 35 orang profesor dijangka akan turut serta dalam menjayakan program ini bersama penduduk setempat.

Pelbagai pengisian program yang merupakan inisiatif ilmuwan bagi memberi manfaat kepada masyarakat setempat antaranya membanteras gejala sosial di negeri Kelantan, meningkatkan kesedaran ICT di negeri Kelantan dan sebagainya. Program ini diharapkan dapat menonjolkan peranan ilmuwan untuk bersama-sama membantu menjayakan agenda pembangunan negara.

Posted in Profesor Bersama Masyarakat, Utama on Apr 10, 2018




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara