• image

    Selamat Menyambut

    Hari Kebangsaan 2018

  • image

    Salam Aidil Adha

    1439H / 2018

  • image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Cakna Bahasa – Bahasa Melayu Khazanah Dunia; Menelusuri Sejarah dan Keagungan

Menyedari senario masyarakat hari ini yang memperlihatkan kurangnya penggunaan Bahasa Melayu sama ada di premis milik kerajaan mahupun swasta dan dalam perbualan seharian serta kesedaran mengenai Bahasa Melayu yang diasak dengan pelbagai cabaran, daripada kekacauan pelaksanaan dasar sehinggalah kepada ancaman era teknologi maklumat, Majlis Profesor Universiti Malaysia Perlis telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Wisdom Fair atau Bitara Ilmu bertemakan “Cakna Bahasa – Bahasa Melayu Khazanah Dunia; Menelusuri Sejarah dan Keagungan”.

Program Wisdom Fair ini mengetengahkan kepentingan dan nilai Bahasa Melayu yang telah disampaikan oleh sasterawan dan juga ahli akademik tersohor iaitu Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin dan Dr. Surya Suryadi dari Leiden University, The Netherlands. Seramai lebih kurang 300 peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada kakitangan akademik dan bukan akademik serta pelajar Diploma UniMAP.

Beberapa perkara telah disampaikan melalui ceramah kedua-dua ilmuwan ini khususnya mengenai khazanah dan sejarah keagungan Bahasa Melayu, perkembangan Bahasa Melayu, dan penggunaan Bahasa Melayu dalam sektor awam serta hubungan rasmi di Malaysia.

05.jpg

06.jpg

02.jpg

01.jpg

04.jpg

Posted in MPU Chapter UniMAP, Program MPU, Utama on Jul 24, 2018




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara