Raja Berpelembagaan: Kedaulatan & Cabaran

Wacana Sinar Ilmuwan ke-89 anjuran SInar Harian dan Majlis Profesor Negara telah diadakan pada 30 Januari 2019 di Bangunan Media Karangkraf, Shah Alam dengan mengangkat tajuk wacana Raja Berperlembagaan: Kedaulatan & Cabaran pada kali ini.

Dengan menampilkan pakar-pakar perlembagaan & sejarah Malaysia seperti Prof Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara bergandingan bersama Prof Datin Paduka Datuk Dr. Ramlah Adam, Pakar Sejarah dan juga tidak asing lagi dalam membicarakan tentang perlembagaan Malaysia, Prof Madya Dr. Shamrahayu Ab Aziz, Pakar Perlembagaan UIAM. Wacana Sinar Ilmuwan kali ini dipandu oleh moderator berpengalaman, Tuan Sayed Munawwar Sayed Mohd Mustar, CEO Kota Buku.

Wacana ilmuwan membincangkan maksud kedaulatan dalam erti kata yang sebenar dan apakah cabaran-cabaran yang dihadapi di zaman kebebasan bersuara yang lantang dilaung-laungkan pada masa kini.

Antara Intipati wacana ilmuwan seperti:

  1. Kedaulatan raja itu bermaksud proses kekuasaan yang terdapat pada institusi raja berpandukan perlembagaan.
  2. Tahap pemahaman mengenai institusi raja dan raja berperlembagaan di kalangan masyarakat masih tidak matang
  3. Pemahaman berkaitan Raja Berperlembagaan perlu dimasyarakatkan secara formal dan tidak formal dan media memainkan peranan penting dalam menyebarkan pengetahuan yang tepat tentang Raja berperlembagaan di Malaysia.

01.jpg

04.jpg

02.jpg

03.jpg

Posted in Sinar Ilmuwan, Utama on Jan 30, 2019




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara