• image

    Syarahan Perdana STEM 2018

    2 Oktober 2018 | 9:00 pagi - 1:00 t/hari

    Dewan Resital, UMS
  • image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Revolusi Industri 4.0: Industri Pembinaan

Walaupun impak IR4.0 masih lagi tidak jelas, semua pihak sama ada dari sektor awam, sektor swasta, ahli akademik mahupun masyarakat perlu mengambil tindakan komprehensif agar ia tidak memberi kesan negatif terhadap negara. Bagi membincangkan kesan tersebut, sebuah perbincangan mengenai impak IR4.0 terhadap industri pembinaan telah diadakan pada 20 November 2017 di Balai Ilmuwan, MPN. Perbincangan melibatkan Kluster Kejuruteraan dan Alam Bina, Kluster Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) ini diadakan untuk mengenal pasti peranan dan implikasi IR4.0 daripada perspektif industri pembinaan.

Perbincangan ini meliputi tiga topik utama iaitu National Digital Transformation (Dx) in the Fourth Industrial Revolution (4.0): Prospects and Way Forward; The 4.0 Industrial Revolution (IR): Construction Sector dan Transformasi Program Akademik Universiti Awam Berpacukan IR4.0. Setiap wakil agensi terlibat telah memberikan input dan maklumat terkini berhubung senario yang bakal melanda negara kesan daripada evolusi teknologi berkenaan.

Sesi perbincangan yang berlangsung selama hampir tiga jam itu telah mengemukakan beberapa usul. Antaranya ialah menubuhkan Institut Perindustrian Teknologi Pintar Malaysia berdasarkan Model Holistik Triple Helix dan Rangka Kerja Ekosistem Pembangunan Bakat bagi mensinergikan sumber dari kerajaan; industri dan akademik; menggalakkan perkongsian data antara semua pihak terlibat; menerapkan kemudahan Internet of Things (IoT) melalui konsep Big Data; Perkomputeran Awan dan Smart City serta menubuhkan pasukan kerja untuk Transformasi Program Akademik Universiti Awam Berpacukan IR4.0. Hasil kupasan perbincangan dan input idea akan dikemukakan kepada pihak berkaitan bagi membantu negara menggubal polisi IR4.0.

15.jpg

16.jpg

Posted in 2017, Aktiviti, Arkib 2017 on Nov 20, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara