• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Menyambut Nuzul Quran

    17 Ramadan 1439H

  • image

    Selamat Menyambut

    Pesta Ka'amatan dan Hari Gawai

  • image

    Selamat Menyambut

    Hari Wesak

RTD: ‘Pra PRU-14 – BN Kekal Atau ...??’

PRU14 yang bakal berlangsung dalam masa terdekat ini telah membentuk pelbagai ramalan mengenai parti politik yang akan memegang tampuk pemerintahan negara. Dalam PRU14, dijangkakan akan berlaku pertembungan sengit antara parti politik seperti Barisan Nasional (BN), Parti Islam Se Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Berdasarkan itu, Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa mengambil inisiatif dengan menganjurkan satu perbincangan meja bulat (RTD) untuk mendapatkan input mengenai isu nasional yang berkaitan dengan PRU14, mengenal pasti trend mengundi serta menilai peluang dan keupayaan setiap parti politik yang bertanding.

RTD yang dipengerusikan oleh Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa meramalkan bahawa BN mampu menang jika berjaya mengekalkan pencapaian 40 peratus kerusi di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Untuk itu juga, parti BN disarankan agar tidak terlalu selesa kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku. Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah golongan pengundi muda, mengawal kesan negatif terhadap pembentukan minda masyarakat dan pemilihan calon yang tepat.

04.jpg

02.jpg

01.jpg

Posted in Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Program Kluster, Utama on Feb 22, 2018




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara