• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

RTD: Sijil Peperiksaan Bersepadu / Unified Examination Certificate (UEC)

Unified Examination Certificate (UEC) atau Sijil Peperiksaan Bersepadu adalah sijil pengikhtirafan yang digunapakai oleh Sekolah Menengah Persendirian Cina. Pada awalnya, penubuhan sekolah ini ditubuh adalah berorientasikan senario pendidikan di China serta menitikberatkan pendidikan bahasa ibunda mereka pada masa itu. Sekolah Persendirian ini diselia oleh The United Chinese School Commitees Association of Malaysia (“Dong Zong’’) yang telah ditubuhkan pada tahun 1954. Susulan daripada kajian Penyata Rahman Talib, sekolah – sekolah ini ditawarkan menjadi sekolah bantuan penuh kerajaan (Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina) beserta syarat untuk menggunapakai sistem dan ko-kurikulum kebangsaan. Namun begitu, ada beberapa sekolah menolak cadangan tersebut yang sehingga kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC). Sehingga kini, terdapat 61 buah sekolah persendirian Cina di Malaysia.

Sistem pendidikan tinggi serta perkhidmatan awam di Malaysia amat jelas mewajibkan pra-syarat pengambilan pekerja dan pelajar adalah mendapat kepujian bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan lulus matapelajaran Sejarah di peringkat Sijil Penilaian Menengah (SPM). Bagi perkhidmatan awam di peringkat negeri, negeri – negeri seperti Pulau Pinang, Selangor, Sarawak dan Melaka telah mengikhtiraf lepasan UEC sebagai penjawat awam. Semenjak akhir ini, isu UEC ini semakin hangat dipolitikkan oleh pihak berkepentingan tertentu serta membuat tuduhan dan tuntutan yang tidak berasas.

RTD yang dipengerusikan oleh Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose, Ketua Pegawai Eksekutif MPN meneliti isu ini dan memperhalusi inisiatif serta implikasi pengikhtirafan UEC ini supaya menjadi situasi sama – sama menang antara pihak kerajaan dengan rakyat Malaysia secara khususnya.

UEC01.jpg

UEC03.jpg

UEC-01.jpg

Posted in Perbincangan Meja Bulat, Utama on Jul 20, 2018




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara