• image

    Syarahan Perdana STEM 2018

    2 Oktober 2018 | 9:00 pagi - 1:00 t/hari

    Dewan Resital, UMS
  • image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Sambutan Hari Malaysia MPN

Bersempena dengan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September 2017, MPN telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Malaysia MPN pada 13 September 2017 bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM). Penganjuran majlis ini adalah sebagai usaha MPN untuk meningkatkan semangat patriotisme di kampus. Dua acara utama majlis ini ialah Wacana Ilmuwan Negaraku Malaysia: Di Mana, Ke Mana Kita? dan Malam Laungan Rasa Sehati Sejiwa. Program yang julung-julung kali dianjurkan ini telah mendapat kerjasama UPM, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Utusan Malaysia.

Dalam program wacana, topik perbincangan menumpukan kepada aspek perpaduan dan keharmonian kaum. Enam orang panel yang diketuai oleh Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharudin telah mengupas pelbagai isu semasa termasuklah isu Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan, pengamalan Rukun Negara, kursus Kenegaraan dan Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di universiti serta Perlembagaan Negara. Sesi wacana ini telah mendapat liputan yang meluas oleh pihak media memandangkan isu diketengahkan menyentuh aspek keharmonian dan keselamatan negara merentasi Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Input perbincangan yang diutarakan oleh panelis dapat memberi penjelasan kepada penonton terhadap isu-isu berbangkit.

Acara Malam Laungan Rasa Sehati Sejiwa pula telah menjadi wadah kepada lebih 20 ahli akademik tempatan untuk mendeklamasikan puisi yang bertemakan patriotik. Lebih daripada 2,000 orang telah menghadiri acara ini yang terdiri daripada ahli MPN, komuniti UPM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Limkokwing (LKW), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), wakil kementerian, wakil DBP dan beberapa agensi lain. Majlis telah dimulakan dengan persembahan dan nyanyian patriotik oleh pelajar LKW yang diselang seli dengan deklamasi puisi. Malam terus dirancakkan dengan persembahan pantomin perjuangan kemerdekaan dan tarian perang oleh pelajar UPNM serta nyanyian pelajar dari Sabah. Selain itu, majlis ini turut dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal iaitu Ning Baizura yang menyanyikan lagu patriotik.

25.jpg

26.jpg

Posted in 2017, Aktiviti, Arkib 2017 on Sep 14, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara