• image

    Selamat Menyambut

    Hari Kebangsaan 2018

  • image

    Salam Aidil Adha

    1439H / 2018

  • image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Sekuriti Makanan Negara

Sesi Dialog Pemikir Negara pada sesi ini tertumpu kepada polemik Sekuriti Makanan Negara. Isu yang dibincangkan dalam sesi ini tertumpu kepada soal kadar pengeluaran tanaman makanan tidak mencukupi, produktiviti rendah dan kekurangan teknologi pertanian sehingga menyebabkan Malaysia terpaksa mengimport sumber makanan daripada luar. Pertumbuhan sektor pertanian makanan di negara ini sangat perlahan kerana sektor ini seolah-olah diketepikan berbanding tanaman pertanian komoditi terutamanya kelapas sawit. Keadaan ini sangat merugikan kerana Malaysia adalah negara yang kaya dengan biodiversiti di dunia, perlaburan dalam sektor pertanian ini sebenarnya juga membawa pelaburan malah mencipta peluang pekerjaaan.

Selain itu, perlu diberi perhatian bahawa keluasan tanah subur yang Malaysia miliki untuk menampung pengeluaran makanan yang kurang daripada satu juta hektar yang kini tinggal hanya 700,000 hektar, manakala lebih 80 peratus tanah pertanian di negara ini diperuntukkan untuk penanaman kelapa sawit disebabkan tumbuhan komoditi tersebut mendapat permintaan yang meluas. Para panelis mengingatkan sektor pertanian komoditi sememangnya dilihat mampu menjana sumber pulangan tetapi pada sama turut menyebabkan sektor bekalan makanan negara berkurang dan tanpa disedari menyaksikan wang negara mengalir keluar untuk mengimport sumber makanan daripada luar.

Dalam pada itu, panel menjelaskan negara seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah memberikan subsidi kepada sektor pertanian mereka. Kesan ini menurut ahli ekonomi akan menyebabkan harga produk menjadi murah dan memberi alasan kepada negara Afrika, Asia, India dan termasuk Malaysia untuk membuat pengimportan. Kebergantungan kepada sektor makanan daripada luar akan menyebabkan sebarang kenaikan harga pada pasaran petrol dan pasaran berkaitan akan memberi kesan kepada rantaian dalam sektor pengeluaran makanan. Ini tidak termasuk senarai bijirin, baka ternakan, baja, racun, jentera dan buruh lagi.

Posted in Dialog 2016, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Jun 01, 2016




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara