• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Hari Guru 2018

    "Guru Pemacu Transformasi Pendidikan"

  • image

    Selamat Menyambut

    Ramadan Al-Mubarak

    2018M | 1439H

  • image

    Buletin Pemikir Negara Edisi ke 2

    Telah Terbit!

Seminar Pembangunan Sumber dan Komuniti Luar Bandar Kebangsaan (PESOLAR) 2018

Seminar Pembangunan Sumber dan Komuniti Luar Bandar Kebangsaan (PESOLAR) 2018 yang berlangsung di Hotel Grand Borneo, Kota Kinabalu mampu menjadi platform terbaik menghimpunkan golongan ahli akademik dan wakil agensi serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi membincangkan isu pembangunan sumber dan komuniti luar bandar dalam konteks negara Malaysia.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin berkata, pelbagai isu dan cabaran membabitkan pembangunan, komuniti dan alam sekitar perlu ditangani berdasarkan pendekatan lestari melalui kajian ilmiah yang sistematik secara antara disiplin kerana pendekatan sebegini boleh menghasilkan cadangan penyelesaian yang jitu dan realistik.

Dalam pada itu, Datuk Seri Panglima Radin Malleh, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah dalam ucapan perasmiannya berkata, seminar PESOLAR 2018 bertepatan dengan aspirasi Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah yang memberikan fokus terhadap usaha memperkukuhkan pembangunan sumber dan komuniti luar bandar bagi kemakmuran masyarakat luar bandar.

Bertemakan “Merekayasa Produktiviti Sumber Untuk Kemakmuran Komuniti Luar Bandar”, seminar selama tiga hari itu bakal menyaksikan sebanyak 10 buku karya suntingan yang melibatkan 112 bab hasil pembentangan seminar bakal diterbitkan.

002.jpg

Posted in MPU Chapter UMS, Program MPU, Utama on Apr 03, 2018




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara