• image

    Syarahan Perdana STEM 2018

    2 Oktober 2018 | 9:00 pagi - 1:00 t/hari

    Dewan Resital, UMS
  • image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Sentiment Analytics on National Issues Through Social Media: A Novel Approach to Transforming Unstructured Data for Predictive Modelling using Machine Learning Algorithms

Projek Khas Nasional (Pengajian Tinggi Swasta) telah menganjurkan satu seminar bertajuk Sentiment Analytics on National Issues Through Social Media: A Novel Approach to Transforming Unstructured Data for Predictive Modelling using Machine Learning Algorithms pada 19 Disember 2017 bertempat di Hotel Pullman, Kuala Lumpur bagi melihat kepentingan teknologi terhadap kelangsungan organisasi berbanding kepentingan kepada individu.

Seminar ini membincangkan pendekatan baharu mengenai kaedah pembelajaran algoritma menggunakan mesin bagi mengukur sentimen orang awam mengenai isu negara berdasarkan platfom media sosial. Pendekatan yang unik ini berpotensi menjadi suatu bentuk teknologi yang akan memberi nafas baharu dalam analisis data berskala besar. Pendekatan ini membolehkan pendapat, sentimen, dan sikap orang ramai terhadap sesuatu dapat dikumpulkan, dianalisis dan dibentuk menjadi acuan kepada pembuat dasar awam bagi membuat keputusan dan meminimumkan kesan risiko terhadap keputusan tersebut. Selain itu, pendekatan ini turut memberi manfaat kepada sektor swasta terutama dalam aspek pemasaran dan pengurusan perhubungan pelanggan.

19.jpg

20.jpg

Posted in 2017, Aktiviti, Arkib 2017, Projek Khas Nasional (Pengajian Tinggi Swasta) on Dec 19, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara