• image

    Syarahan Perdana STEM 2018

    2 Oktober 2018 | 9:00 pagi - 1:00 t/hari

    Dewan Resital, UMS
  • image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Sesi Bicara Eksekutif Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Sejajar dengan Agenda Transformasi Negara untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2050, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah diberi mandat untuk menerajui transformasi perkhidmatan awam. Justeru, pada 17 Januari 2018, pihak JPA telah menjemput YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MPN untuk mengadakan sesi Bicara Eksekutif bersama warga JPA. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam turut dihadiri oleh semua Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Pengarah Bahagian dan Timbalan Pengarah Bahagian. Sesi Bicara Eksekutif ini telah membuka ruang dan merupakan kesempatan yang baik kepada MPN untuk mendekati warga JPA di samping memperkenalkan MPN melalui program-program yang telah dijalankan dan sedang dirancang pada masa hadapan.

01.jpg

02.jpg

03.jpg

Posted in Kunjungan Hormat, Utama on Jan 17, 2018




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara