Sesi Libat Urus Penubuhan Ombudsman Malaysia

Selari dengan keputusan kerajaan yang bersetuju menukar status Biro Pengaduan Awam (BPA) sebagai 'Ombudsman Malaysia' sebagai usaha memastikan tindakan ke atas pengaduan berkaitan kementerian dan agensi dapat ditangani dengan lebih efektif, satu mesyuarat libat urus bersama pihak awam dan pihak berkepentingan telah diadakan pada 6 November 2019.

Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR), bagi memastikan penubuhan badan itu dapat dilaksanakan, satu akta dikenali sebagai Akta Ombudsman akan digubal dan dibentangkan di sesi Parlimen.

Selain itu, beliau berkata, jawatankuasa khas berkenaan turut bersetuju untuk menyelaraskan fungsi agensi-agensi di bawah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC). Penyelarasan fungsi agensi-agensi di bawah GIACC amat penting bagi memastikan dasar dan perancangan berkaitan governans, integriti dan antirasuah dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Majlis Profesor Negara telah dijemput untuk menyertai mesyuarat sesi libat urus berhubung penubuhan Ombudsman Malaysia yang telah diadakan di Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri dan diwakili oleh YBhg. Prof Datuk Dr Raduan Che Rose & Prof Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod bersama wakil kumpulan Patriot & SUHAKAM memberi input & cadangan dari pelbagai sudut pandangan yang boleh digunapakai dalam proses penubuhan Ombudsman Malaysia.

01.jpg


02.jpg

Posted in Isu Semasa, Utama on Nov 07, 2019




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara