• image

    Syarahan Perdana STEM 2018

    2 Oktober 2018 | 9:00 pagi - 1:00 t/hari

    Dewan Resital, UMS
  • image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Sesi Perbincangan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Rentetan daripada pertemuan antara MPN dengan Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM pada 18 Januari 2018 dan 21 Februari 2018 lalu, MPN melalui peranan Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam telah diundang ke Ibu Pejabat SPRM pada 14 Mac 2018 untuk sama-sama membincangkan mengenai kempen pencegahan rasuah yang sedang giat dilaksanakan oleh SPRM. Dalam perbincangan ini, Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam telah diwakili oleh Prof. Dr. Roselina Ahmad Saufi dan Prof. Dr. Naresh Kumar.

Objektif utama SPRM mengadakan sesi perbincangan ini adalah untuk mendapatkan input dan pandangan daripada golongan ilmuwan khususnya dalam bidang Governans dan Perundangan dalam usaha memperkasakan usaha-usaha pencegahan rasuah di Malaysia. Tiga kempen pencegahan rasuah yang telah dijalankan oleh SPRM bermula tahun 2018 ialah:

  1. Kempen Sahabat Cilik SPRM yang melibatkan 14 buah sekolah kebangsaan di seluruh negara
  2. Gerakan Wanita Anti-Rasuah (G-WAR) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
  3. Program Himpunan Dua Roda (H2R) yang bertemakan ‘Bikers Tolak Korupsi 1.0’ yang bertujuan meningkatkan kesedaran golongan peminat motosikal mengenai gejala rasuah

    Pelancaran kempen-kempen ini menunjukkan bahawa SPRM serius dalam memerangi gejala rasuah di negara ini. Berdasarkan itu, bersempena dengan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2018 lalu, SPRM telah mengumumkan 2018 sebagai Tahun Memerangi Rasuah Daripada Kalangan Wanita.

01.jpg

03.jpg

Posted in Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Program Kluster, Utama on Mar 14, 2018




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara