Sistem Pilihanraya di Malaysia: Perlukah Diubah?

Satu sesi sumbang saran tentang Sistem Pilihan Raya di Malaysia telah diadakan pada 12 Feb 2020 di Pejabat Sekretariat, MPN

Dibarisi oleh panel-panel pakar sains politik seperti Prof. Dato Seri Mustafa Ishak (UUM), Prof. Dr. Mohd Azizudin Sani (UUM), Prof. Madya Dr. Kartini Aboo Talib(UKM), pakar perundangan Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood (UIAM), pakar sains sosial Prof. Dr. Mansor Mohd Noor (UKM) & Prof. Dr. Dato Jalal Haro. Sesi telah dipengerusikan oleh Pengersi MPN, Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin. MPN juga sangat berbesar hati dengan kehadiran mantan Timbalan Pengerusi SPR iaitu Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar.

Dr. Mohd Asri,Felo penyelidikan MPN telah membentangkan hasil simulasi keadaan politik Malaysia daripada sistem pilhanraya FPTP (First-past-to-post voting) kepada sistem PR (Proportional Representation) . Ia adalah salah satu cadangan oleh ERC( Election Reform Committee) dalam membawa satu reformasi kepada Sistem Pilhan Raya di Malaysia.

Perkongsian pengalaman oleh mantan Timbalan Pengerusi SPR dan pandangan para akademik menyatakan keadaan politik Malaysia masih belum lagi membolehkan sistem yang telah digunakan selama 60 tahun ditukar serta merta memandangkan perbezaan jurang yang tinggi terhadap pengetahuan & pemahaman politik antara rakyat bandar & luar bandar.

Fokus perlu diberikan kepada penambahbaikan pada sistem yang sedia ada namun dalam masa yang sama cadangan penukaran sistem pilihan raya FPTP kepada PR memerlukan kajian yang lebih teliti supaya sistem pilihanraya yang akan digunakan nanti tidak menggangu gugat kestabilan keharmonian rakyat Malaysia khususnya.

01.jpg



02.jpg

04.jpg



06.jpg



05.jpg



07.jpg

Posted in Perbincangan Meja Bulat, Utama on Feb 12, 2020




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara