• image

    Syarahan Perdana STEM 2018

    2 Oktober 2018 | 9:00 pagi - 1:00 t/hari

    Dewan Resital, UMS
  • image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Suara Rayuan Kemanusian Rohingya
Tarikh Rakaman : 7 September 2017
Tarikh Siaran : 10 September 2017
Panelis :
  1. Prof. Dr. Ruhanas Harun
  2. Prof. Madya Dr. Zarina @Zairina Othman
  3. Encik Azril Amin

Sejak akhir Ogos 2017, laporan media tempatan dan antarabangsa tertumpu kepada wilayah Rakhine, Myanmar yang menempatkan majoriti etnik tertindas Rohingya di negara Asean itu. Lebih 125,000 etnik Rohingya dilaporkan meninggalkan penempatan di wilayah Rakhine untuk ke sempadan Myanmar-Bangladesh bagi menyelamatkan diri daripada ditindas oleh tentera Myanmar. Keadaan menjadi semakin kritikal bagi etnik ini apabila mereka tidak diterima Bangladesh dan terpaksa mendirikan khemah haram di kawasan sempadan.

Isu etnik Rohingya ini kembali menjadi tumpuan untuk dibincangkan di dalam program Dialog Pemikir Negara memandangkan Malaysia antara negara yang lantang memperjuangkan nasib etnik tersebut. Antara perkara yang disentuh di dalam diskusi isu serantau ini adalah mengenai faktor tercetusnya konflik terbaharu itu, situasi terkini yang berlaku dan tindakan yang boleh dilakukan oleh masyarakat dunia untuk menyelesaikan kemelut ini.

Kes penindasan etnik Rohingya ini begitu kompleks kerana etnik beragama Islam yang mempunyai populasi hampir satu juta di wilayah Rakhine ini dianggap sebagai pendatang asing daripada Bangladeh. Sedangkan, Myanmar mengiktiraf 135 etnik lain di negara itu sebagai rakyat mereka, manakala Bangladesh pula tidak pernah mengaku etnik tersebut sebahagian daripada mereka.

Maklumat terperinci mengenai kesengsaran kehidupan etnik Rohingya selama ini sukar untuk diperoleh kerana Myanmar mengamalkan dasar tutup kepada media antarabangsa dan beberapa organisasi bantuan kemanusian. Dalam perbincangan ini, beberapa bentuk cadangan telah diberikan antaranya ialah meminta kerjasama Malaysia untuk menggunakan platfom Asean bagi meredakan konflik ketegangan di antara Myanmar dan etnik Rohingya

Posted in Dialog 2017, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Sep 11, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara