Tawaran Gaji Graduan 2010-2018 Menurun?

Ulasan khas:
Tawaran Gaji Graduan 2010-2018 Menurun?

  1. BNM melaporkan bahawa gaji sebenar (real salary) graduan dinegara ini mengalami trend menurun (hampir 5%) jika dibanding antara 2010 hingga 2018.

  2. Laporan itu adalah berasaskan kepada Survey oleh MEF yang meninjau kadar gaji eksekutif dan bukan eksekutif dalam tempoh berkenaan yang menunjukkan trend kenaikan (hampir 10%).

Ringkasnya: BNM laporkan trend penurunan tapi MEF melaporkan trend kenaikan bagi kumpulan dan tempoh yang sama.

Sebenarnya ini terjadi kerana unit of analysis yang berbeza digunakan oleh kedua badan ini.

  1. BNM melaporkan REAL WAGES dikira berbanding kadar inflasi (nilai wang dengan barangan yang boleh dibeli semasa).
  2. MEF mengkaji NOMINAL WAGE iaitu kadar bayaran gaji tanpa mengambilkira faktor-faktor lain.

Apa pun sesuatu perlu dilakukan mengambil kira beberapa isu besar yang berkaitan dengannya:

  1. Lambakan graduan yang mengganggur secara langsung serta UNDER EMPLOYED.
  2. Mismatch antara graduan dan pasaran kerja termasuk aspek Kualiti dan Kuantiti.
  3. Ekonomi negara yang terlalu bergantung kepada labour-intensive berbanding capital dan professionals.

Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose
2 April 2019

Posted in Isu Semasa, Utama on Apr 03, 2019




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara