• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Hari Raya Aidilfitri

    2018 / 1439H

TN50 Membina Masa Depan Negara
Tarikh Rakaman : 27 Januari 2017
Tarikh Siaran : 29 Januari 2017
Panelis :
  1. Prof. Dato' Dr. Abdul Rashid Mohamed
  2. Prof. Dr. Sivamurugan Pandian

Gagasan TN50 dibentuk bertujuan untuk mengubah landskap ekonomi negara, kesejahteraan warganegara, persekitaran, teknologi, tadbir urus, sosial dan pentadbiran awam ke arah yang lebih baik. TN50 merupakan kesinambungan kepada Wawasan 2020 yang akan berakhir tiga tahun lagi. Disebabkan itu, banyak perkara yang perlu diperhalusi khususnya tentang hal yang perlu ditangani dan dilaksanakan dalam masa 30 tahun akan datang. Pelaksanaan TN50 yang bersifat dari bawah ke atas telah memperlihatkan harapan rakyat kepada pihak kerajaan khususnya yang berkaitan dengan kesejahteraan hidup. Sebagai contoh, kemudahan pengangkutan yang lebih canggih dan tahap perubatan yang lebih baik.

Konsep kebergantungan antara satu sama lain adalah penting supaya semua golongan dapat diangkat secara bersama dan tiada golongan yang terpinggir. Dalam merangka TN50 juga, perkara yang perlu diambil kira ialah soal kenegaraan, penerimaan dan keadilan sosial yang merangkumi elemen ekonomi, politik dan sosial. Cabaran terbesar pelaksanaan TN50 bukan sahaja bergantung kepada dasar atau apa yang akan dilaksanakan oleh kerajaan. Sebaliknya, ia turut merangkumi partisipasi dan cara interaksi yang dilakukan pada hari ini. Antara perkara asas yang perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan ialah pembacaan ke atas minda masyarakat yang merentasi sempadan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, merapatkan jurang antara golongan atasan, pertengahan dan bawahan, serta mengambil kira peranan generasi Z yang mempunyai pengetahuan dan pemikiran yang berbeza.

Sekiranya semua perkara ini diambil kira, partisipasi yang lebih baik dari kumpulan sasar akan diperolehi. Justeru, visi dan gagasan yang bertujuan dari rakyat untuk rakyat yang bersifat holistik dan inklusif dapat dirangka. Selain itu, satu strategi yang berdasarkan perubahan pada kualiti kehidupan, indeks kegembiraan, dan indeks kesejahteraan juga dapat dibina. Nilai jati diri individu perlu dipupuk dan disemai sejak dari kecil lagi sekiranya kita mahu membentuk masyarakat yang progresif dan membentuk satu ketamadunan baharu di peringkat Malaysia supaya Malaysia mampu menjadi negara pesaing dan mampu berdiri teguh berdasarkan acuannya sendiri.

Posted in Dialog 2017, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Jan 29, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara