• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Hari Guru 2018

    "Guru Pemacu Transformasi Pendidikan"

  • image

    Selamat Menyambut

    Ramadan Al-Mubarak

    2018M | 1439H

  • image

    Buletin Pemikir Negara Edisi ke 2

    Telah Terbit!

Tragedi Tahfiz Menangani Isu Sosial & Kepincangan Institusi Keluarga
Tarikh Rakaman : 20 September 2017
Tarikh Siaran : 24 September 2017
Panelis :
  1. Prof. Dr. Mohd. Ekhwan Toriman
  2. Prof. Dr. Wan Kamal Mujani
  3. Prof. Madya Dr. Noor Ibrahim Mohamed Sakian

Kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung yang mengorbankan 23 nyawa berumur dari 6 sehingga 26 tahun telah mengejutkan seluruh negara. Apatah lagi apabila insiden malang tersebut dikaitkan dengan penahanan tujuh remaja lelaki berumur 11 hingga 18 tahun yang didakwa melakukan khianat membakar pusat tahfiz tersebut.

Kes ini telah menarik perhatian wakil MPN untuk mengupas isu menggemparkan negara itu dalam perspektif yang lebih meluas. Insiden ini sebenarnya telah membawa kepada dua isu berbeza untuk dikupas oleh para panelis. Pertamanya melibatkan isu pengurusan pusat tahfiz di negara ini yang tumbuh bagaikan cendewan selepas hujan dan keduanya mengenai masalah sosial di kalangan remaja.

Kesan daripada kejadian ini, isu sekolah tahfiz kembali menjadi perhatian. Antaranya ialah tentang kaedah untuk memperkasakan institusi pendidikan ini selari dengan pendidikan arus perdana, masalah prasarana, kualiti pendidikan dan graduan yang dihasilkan. Ketika ini, dilaporkan terdapat 940 maahad tahfiz swasta telah ditubuhkan dengan lebih 150,000 pelajar berdaftar dengan Persatuan Madrasah Tahfiz Malaysia. Namun, hanya 612 yang berdaftar dengan kerajaan negeri dan Kementerian Pendidikan.

Pada masa sama, masalah sosial remaja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah antara perkara utama yang perlu diberi perhatian sehingga mereka boleh hilang pertimbangan dan melakukan perkara yang mengorbankan nyawa. Selain itu, perlu ada sinergi yang baik antara pihak kerajaan, ibu bapa dan komuniti setempat supaya masalah sosial seperti ini dapat dikawal dan dibendung daripada terus berleluasa.

Posted in Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Sep 24, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara