• image

    Selamat Menyambut

    Hari Kebangsaan 2018

  • image

    Salam Aidil Adha

    1439H / 2018

  • image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Transformasi Pembangunan Luar Bandar Di Sabah
Tarikh Rakaman : 6 April 2017
Tarikh Siaran : 9 April 2017
Panelis :
  1. Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose
  2. Prof. Dr. Roselina Ahmad Saufi

Hasil dapatan pemerhatian Majlis Profesor Negara (MPN) melalui Program MPN Bersama Masyarakat Negeri Sabah pada 27 Mac 2017 hingga 2 April 2017 telah dibawa untuk dikongsikan bersama rakyat dalam Program Dialog Pemikir Negara. Negeri Sabah menjadi lokasi pilihan untuk MPN menyampaikan tanggungjawab sosial kepada para profesor dari pelbagai latar belakang dan kepakaran kepada seluruh masyarakat. Program selama seminggu ini telah dibahagikan kepada lapan daerah di Negeri Sabah iaitu Semporna, Tawau, Sandakan, Kundasang & Ranau, Kota Marudu & Kudat, Lahad Datu, Sipitang dan Kota Belud.

Antara perkara yang dikongsikan adalah mengenai kejayaan program khidmat masyarakat ini menyumbang kepakaran dan nasihat kepada rakyat negeri Sabah dan menemukan beberapa isu yang perlu diberi perhatian termasuklah mengenal pasti potensi Gunung Kinabalu sebagai Geopark Global menjelang 2020; isu pendidikan; isu masalah sosial; pendidikan; peluang pekerjaan; pengangkutan; infrastruktur dan kemudahan; masalah sempadan Malaysia – Indonesia di Pulau Sebatik, Tawau dan bantuan untuk mengatasi masalah kos sara hidup.

Biarpun dalam masa yang singkat, program ini berjaya meyakinkan rakyat untuk meluahkan masalah dan isu yang membelenggu kehidupan mereka selama ini secara bebas tanpa sebarang sekatan. Isu berkenaan seterusnya akan disampaikan kepada pihak kerajaan bagi tujuan mendapat perhatian dan menterjemahkannya ke dalam bentuk tindakan.

Penemuan tersebut menepati objektif program untuk menilai senario kesejahteraan kehidupan masyarakat setempat untuk peningkatan kualiti di masa hadapan; menggembleng kerjasama strategik golongan ilmuwan dengan pemimpin tempatan dalam memacu kelestarian pembangunan negara; menyelami dan memahami isu tempatan dari sudut ekonomi, infrastruktur, bekalan air, pendidikan, kesihatan dan melihat beberapa isu sampingan dari sudut pandangan penduduk tempatan serta membantu menilai semula dasar dan polisi sedia ada untuk membantu memperbaiki kualiti hidup rakyat.

Posted in Dialog 2017, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Apr 10, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara