• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Transformasi Sosioekonomi Sarawak Ke Arah Negeri Maju

Isu sosioekonomi Sarawak menjadi topik pilihan program Dialog Pemikir Negara untuk dibincangkan dengan menampilkan tiga panel yang terdiri daripada golongan ilmuwan. Perbincangan lebih tertumpu kepada aspek perubahan sosioekonomi rakyat Sarawak yang perlu diperjuangkan oleh kerajaan bagi membolehkan mereka memperoleh kemudahan sama dengan penduduk di Semenanjung.

Dalam perbincangan ini, panel membandingkan taraf kehidupan rakyat Sarawak dengan penduduk di Semenanjung dengan menekankan sudah tiba masanya kerajaan perlu menyediakan kemudahan infrastruktur secara sama rata. Kemudahan jalan raya, pendidikan, kesihatan, elektrik, kualiti pembelajaran dan pembangunan modal insan antara perkara yang perlu diberikan perhatian kerana masih terdapat rakyat Sarawak tidak berpeluang untuk memperoleh kemudahan berkenaan.

Kerajaan perlu terus memperkasakan inisiatif dalam menyediakan kemudahan kepada rakyat Sarawak kerana perlu berhadapan dengan taburan penduduk dalam kawasan geografi yang luas berbanding di Semenanjung. Taburan penduduk di negeri meliputi mereka yang tinggal di kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman serta memakan masa untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain. Ketiga-tiga kawasan ini menghadapi masalah yang berbeza untuk ditangani oleh kerajaan.

Bagi mengatasi masalah tersebut, maklumat sebenar perlu disebarkan dengan cara penyampaian yang berkesan dalam memastikan setiap rakyat sedar dengan segala kemudahan dan inisiatif kemudahan disediakan kerajaan. Sehubungan itu, penglibatan ahli politik amat diperlukan dalam hal ini ditambah lagi dengan Pilihan Raya Negeri Ke-11(PRN-11) Sarawak.

Posted in Dialog 2016, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Feb 01, 2016




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara