• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

UMNO dan Demokrasi Pilihan Raya di Malaysia

Program Dialog Pemikir Negara pada kali ini memilih tajuk perbincangan UMNO dan demokrasi pilihan raya di Malaysia bersempena Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan bermula 29 November 2016 hingga 3 Disember 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Sempena penganjuran perhimpunan parti politik terbesar di Malaysia itu perbincangan ini terarah kepada peranan UMNO dalam memperjuang demokrasi di negara ini.

Para panel menyentuh mengenai perjuangan dan sejarah UMNO dalam membawa keharmonian landskap politik negara. Cabaran UMNO pada masa kini juga turut dibincangkan antaranya melibatkan perpecahan ahli di dalam parti, tindakan pemimpin tertinggi parti yang keluar daripada parti, isu taat setia kepada parti, sokongan golongan muda dan masyarakat bandar serta berhadapan dengan dakyah politik parti pembangkang yang sememangnya mahu melihat kejatuhan UMNO.

Perbincangan ini juga menyentuh mengenai strategi dan pendekatan yang perlu diambil oleh UMNO dalam memastikan sokongan kepada parti terus kukuh bagi berdepan pilihan raya umum akan datang. Jentera parti dan kerjasama dengan parti komponen Barisan Nasional lain perlu diperbaiki dari semasa ke semasa dan bekerja dengan lebih kuat bagi memastikan kemenangan di masa hadapan.

Para panel turut memberi pandangan mengenai perjalanan perhimpunan agung pada kali ini dan melihat kepada isu yang akan menjadi perhatian serta dibangkitkan oleh perwakilan. Kematangan pemimpin politik UMNO juga disentuh oleh panel ketika parti terbesar di Malaysia ini terpaksa berhadapan dengan saat getir.

Posted in Dialog 2016, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Dec 01, 2016




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara